Friday 22 April 2011

Amalan Doa Harian Bagi Ibu2 Menyusukan~

Assalamualaikum..

rini sy nak share amalan2 doa yg boleh diamalkan supaya semangat utk kite fully bf ank kite akn lebih kuat, dan memohon pd Tuhan agar memurahkan rezki ank kite dan cukupkn rezki keluarga kite..

Doa ni sy dpt share dr kwn2 lain dr group KIM (Kumpulan Ibu2 Menyusukan)..Group ni mmg byk membntu menjwab persoalan2 yg terbit dlm dunia penyusuan ni lg2 utk sy yg br nk menimba ilmu n pengalaman ank pertama ni...

Jom kite tgk cmne doa nye..

Bacalah doa ni setiap kali selepas sembhyang, semasa menyusukan ataupun semasa mengepam yer kwn2.. =)

"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."

Surah al-Hujurat & al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite.Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah.Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.

Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun... (yg ni salu sy amalkn slps solat Maghrib sebelum mula mengaji)


"Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. Yakinlah.InsyaALLAH susu badan kita akan bertambah jika kite istiqamah dgn amalan yg tersebut di atas....

Alhamdulillah..sekian saje utk first entri ni..wassalam...



cik ana: sy budak br belajar..klu salah tlg tunjukkn... =)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates