Sunday 26 June 2011

Menguruskan Bekalan EBM Harian

Entry kali ini khas untuk mommies yg menyusukan anak atau membekalkn susu ibu sahaja utk bayi mereka..Cara aku ni mungkin berbeza dari mommies lain, tapi mungkin juga boleh dijadikan sebagai panduan bagi mommies yg masih menimba ilmu dan ingin berkongsi pengalaman dalam memperjuangkan penyusuan ibu...

Yang pertama, anda harus ingat supaya sentiasa membuat housekeeping setiap minggu menyusun atur stok2 ebm anda supaya tidak ade yang tertinggal dan expired begitu sahaja..sangat la sayang klau harus dibuang bile da expired..untuk ini, gunakan prinsip FIFO (First In First Out) - stok yang paling terdahulu, mesti digunakan dulu..

Sebagai contoh, anak saya memerlukan bekalan sebanyak 21oz setiap hari sebagai bekalan ke nursery, dan jumlah hasil perahan saya pada hari itu cukup2 21oz..jumlah ini dibahagikan 3.5oz setiap botol untuk sekali minum..

                                                          3.5 x 6 botol = 21oz

Daripada 21oz itu, saya akan masukkan 2 botol 3.5oz = 7oz ke dalam storage bag untuk di frozenkan sebagai stok.
 



Daripada stok frozen yang terdahulu atau stok ebm beku pula, saya keluarkan 1 pek = 7oz....seperti gambar di bawah....
                                                    aiiiyaaa!!! abaikan kaki tu yerk! (-,-')

EBM ni saya akan rendam menggunakan air masak dalam 1 bekas dan letak dalan fridge. so esok pagi, bile  da cair sepenuhnya n bolehla transfer ke botol..EBM ini saya akan isikan didalam botol no. 2 dan no.3 kerana ianya hanya bertahan selama 24jam..so, pastikan ianya akan diminum oleh bayi anda pada hari tersebut. botol no. 1 saya suke letak yang fresh supaya bayi saya mendapat susu yang segar setiap pagi..

Saya akan letak numbering pada setiap botol mengikut turutan 1-6 supaya saya sentiasa ingat yang botol no. 2 n 3 daripada stok frozen. Pesan kepada babysitter atau penjaga supaya ambil susu tersebut mengikut turutan. Cara ini juga memudahkan penjaga atau babysitter menguruskn susu untuk anak2 kite..


Setelah selesai melabelkan, bolehla letak kesemua stok susu harian di dalam cooler bag dan bekalkan ke rumah babysitter atau nursery..

Tak susah kan?? Dengan cara ini juga, mommies dapat uruskan stok susu harian secara sistematik, dan stok anda juga akan tetap berkekalan...

HAPPY BREASTFEEDING MOMMIES!!!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates